KAHERAH, 14 Sept 2012 -- Dalam memastikan perjalanan PMRAM terus diperkukuhkan daripada segenap penjuru sudah pasti perencanaan pertama perlu difikirkan adalah generasi pelapis.
Oleh yang demikian, pendekatan Pusat Sumber Tenaga ( PESAT ) pada sesi ini telah mengaktifkan kembali Voice of PMRAM untuk mencari pelapis baru dalam bidang pengacaraan dan pengucapan awam.
Uji bakat terbuka sempena MERDEKA 12 telah diadakan dengan membuka penyertaan pada 12 dan 13 September di tapak pameran Dataran Hayyu Asyir.
Ini sejajar dengan pembawaan PMRAM sesi ini " Memartabat Keilmuan
Memimpin Kesatuan" dibawah subtopik [ Meningkatkan kualiti generasi
pelapis ]. Penyertaan uji bakat ini terbuka kepada seluruh mahasiswa dan
mahasiswi sama ada daripada bidang pengajian Islam mahupun sains
kesihatan.
Hampir 50 peserta telah mendaftarkan diri untuk menyertai uji bakat
sekaligus membuktikan bahawa PESAT PMRAM mampu melahirkan aktivis dan
pelapis mengikut perencanaan yang telah disusun oleh pihak PESAT.
" Keperluan mahasiswa Islam menceburi bidang ini adalah sebagai
satu persediaan awal dan mempelajari nilai tambah yang boleh digunakan
apabila berhadapan dengan masyarakat kelak " ujar Saudara Zulhafeez Ahmad Zahidi selaku Penasihat Voice of PMRAM merangkap Timbalan Presiden PMRAM 2012.
" PESAT yang ditubuhkan oleh PMRAM dibawah Lajnah & Unit
Perancang dan Panitia PMRAM ini adalah sebagai satu medium terbaik untuk
melahirkan aktivis dan pelapis bukan sekadar sedia memberi komitmen
dalam sebarang bentuk aktiviti bahkan mempunyai pengetahuan yang tinggi
dalam bidang-bidang tertentu" tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment