Labels

Pages

Sunday, September 16, 2012

Laporan : MERDEKA'12 disambut dengan meriah



Kaherah,11,12&13 September 2012 – Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK)
MERDEKA ’12  bertemakan “Hayati Sejarah Manifestasi Wehdah” yang dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)  telah berjaya diadakan, bermula pada  
11 September yang lepas akhirnya melabuhkan tirai pada 13 September 2012. Dalam PMHK kali ini, Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah telah menghantar 11 orang sebagai wakil cawangan . MERDEKA ‘12 kali ini menggunakan konsep taakhi yang terdiri daripada empat zon iaitu Zon A, Zon B, Zon C dan Zon D. Iskandariah merupakan Zon B bersama taakhi negeri Kelantan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Shoubra.

Pelbagai acara telah dipertandingkan di bahagian ikhwah mahupun akhawat.Di antara permainan outdoors yang dipertandingkan di bahagian akhwat  iaitu bola jaring, dan badminton  bertempat di Nadi Syabab,dan pingpong bertempat di Rumah Kelantan Baru (RKB). Manakala acara indoors seperti acara debat.sajak dan nasyid telah dipertandingkan
di rumah-rumah negeri di Hayyu asyir.

Pada malam hari ke-3 MERDEKA’12,majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh saudara Abdul Malek.Dalam ucapan, beliau menyeru supaya ahli PMRAM lebih cakna akan isu semasa dunia Islam dan membantu negara-negara lain dalam mencapai erti kemerdekaan yang sebenar.Seterusnya,beliau telah menjayakan gimik “Jom Jelajah DPM” anjuran Lajnah Muhafazah.

Selepas ucapan perasmian penutup,diteruskan lagi dengan agenda pemberian hadiah kepada pemenang-pemenang.Menang ataupun kalah menjadi kebiasaan di dalam sesuatu pertandingan. Zon B akhawat telah dinobatkan sebagai kontinjen terbaik perbarisan,serta Zon D dinobatkan sebagai kontinjen terbaik kesuluruhan.Manakala pula,pameran terbaik telah dianugerahkan kepada Mini Pavilion.
Setelah selesai pemberian hadiah,acara penutup diserikan lagi dengan persembahan daripada johan sajak,nasyid,monolog dan nasyid daripada kumpulan Al-Wadi.

Dengan berakhirnya MERDEKA’12 ini,kami mengharapkan agar ukhuwah yang terjalin sesama taakhi mahupun bukan taakhi zon agar dipelihara dan  dikekalkan.Kami  merakamkan terima kasih yang tidak terhingga dan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan satu program yang penuh dengan pengisian yang bermanfaat kepada semua ahli.Sebelum akhirnya,terima kasih juga kepada peserta-peserta yang banyak  menolong dan  menjadi perwakilan kepada PMRAM Cawangan Iskandariah.


“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”

Disediakan oleh :
Pemangku Ketua Unit Sambutan Dan Rehlah
Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah 2012/2013

No comments:

Post a Comment