Labels

Pages

Wednesday, August 31, 2011

AHLAN WASAHLAN KE KONVENSYEN PMRAM DAN DPM 2011

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh..

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Konvensyen PMRAM dan DPM tak lama lagi,
Ahlan wasahlan kami ucapkan.
Bahang kehangatan Konvensyen PMRAM dan DPM 2011 kian dirasai oleh mahasiswa/mahasiswi Malaysia di bumi Mesir dan ketibaannya semakin dinantikan oleh semua ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) seluruhnya.
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi merupakan wakil PMRAM di muhafazah yang bertanggungjawab melaksanakan misi dan visi PMRAM kepada ahli di peringkat muhafazah. Antara tujuan Konvensyen DPM diadakan ialah untuk memartabat dan menyedarkan para mahasiswa tentang sikap, peranan serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap mahasiswa/wi di Mesir. Justeru, sempena Konvensyen PMRAM dan DPM 2011 yang bakal berlangsung September ini, kami di seluruh PMRAM Cawangan DPM mengalu-alukan kehadiran seluruh ahli PMRAM sama ada pelajar Pengajian Islam dan Perubatan di semua peringkat untuk sama-sama mengikuti dan menjayakan konvensyen pada kali ini.
Semoga segala yang direncanakan dipermudahkan oleh ALLAH Taala dan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, seterusnya memberi manfaat kepada seluruh mahasiswa/wi Malaysia di bumi Mesir. Selamat berkonvensyen buat semua.
Siiru ‘ala barakatillah.


‘KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH’
‘KESATUAN UKHUWWAH MANIFESTASI TARBIAH’

PMRAM CAWANGAN ISKANDARIAH SESI 2011/2012

KEMERIAHAN 1 SYAWAL 1432H DI ISKANDARIAH



ISKANDARIAH,31 OGOS – Majlis sambutan Aidilfitri anjuran bersama Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI) dan Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI) telah diadakan pada pagi 1 Syawal 1432H di Dewan Zajlatul Abidah dengan dihadiri lebih 100 orang dari kalangan ahli DPMI dan UMI.Majlis bermula seawal jam 6.30 pagi dengan laungan takbir Hari Raya kemudian disusuli dengan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Saudara Akli Bin Ahmad.




Majlis diteruskan lagi dengan khutbah Hari Raya yang telah disampaikan oleh Saudara Tengku Muhammad Fakhrudin Bin Tengku Md Fauzi. Antara intipati yang disampaikan ialah mengenai fenomena yang berlaku dalam kehidupan umat Islam sekarang yang mana tanpa mereka sedari diri mereka telah dijajah oleh syaitan dan hawa nafsu serta budaya hedonisme melampau yang melanda umat Islam zaman sekarang.










Usai khutbah Hari Raya,majlis dihidangkan dengan perutusan Aidilfitri daripada Presiden PMRAM 2011: Saudara Muhamad Zuhaili Bin Saiman yang telah disampaikan melalui tayangan video.Kemeriahan 1 Syawal diserikan lagi dengan persembahan burdah yang mantap oleh ahli UMI dan kemudian ucapan Pengerusi DPMI sesi 2011/2012: Saudari Sumaiyah Binti Zakaria dan Ketua UMI sesi 2011/2012: Saudara Mohd Hafiz Bin Omar.
Pihak DPMI mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua ahli DPMI dan UMI atas komitmen dan kerjasama yang jitu dalam melancarkan majlis tersebut.

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN diucapkan kepada seluruh ahli DPMI daripada kami di barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) DPMI sesi 2011/ 2012.


‘KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH’
‘BELAJAR DAN BERBAKTI’

DISEDIAKAN OLEH : PEMANGKU UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN DPMI SESI 2011/ 2012.

Friday, August 26, 2011

MAKLUMAN PEMANGKUAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR DEWAN PERWAKILAN MAHASISWI ISKANDARIAH SESI 2011/2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Untuk makluman semua ahli PMRAM khususnya di cawangan Iskandariah, seramai 3 orang daripada Ahli Jawatankuasa Tadbir Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah sesi 2011/2012 berada di Malaysia. Bagi melancarkan gerak kerja dan urusan di peringkat AJKT dan ahli DPMI, kekosongan Jawatankuasa Tadbir DPMI terbabit akan diisi oleh pemangkuan AJKT.
Berikut disenaraikan pemangkuan Jawatankuasa Tadbir Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah Sesi 2011/2012 :

1. Nur Amnani Faten Binti Paiman : Timb.Pengerusi (Unit Perancang)
Dipangku oleh : Sumaiyah Binti Zakaria , Pengerusi ( Unit Perhubungan Luar )

2. Wan Nurhidayah Binti Wan Fadhil : Ketua Unit Dakwah & Pembangunan Insan
Dipangku oleh : Syakirah Binti Muslim , Timb. Setiausaha Agung ( Unit Kebajikan & Kemanusiaan )

3. Siti Amirah Binti Ismail : Ketua Unit Penerangan & Penerbitan
Dipangku oleh : Nurul Huda Binti Mamat Noor , Bendahari ( Unit Ekonomi )

Semoga dengan makluman ini dapat membantu semua pihak dalam melakukan gerak kerja, urusan dan sebagainya. Wallahu taala a’lam.


‘KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH’
‘BELAJAR DAN BERBAKTI’

Disediakan oleh :
JABATAN SETIAUSAHA AGUNG
DEWAN PERWAKILAN MAHASISWI ISKANDARIAH
SESI 2011/2012

2 Presiden Kecewa Dengan Sikap En Khairi Jalalludin



KAHERAH, 25 Ogos - Satu perjumpaan tertutup di antara Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman dan Presiden Perubatan, Saudara Syafiq Hamdani telah diadakan jam 10 pagi tadi di Markaz Perubatan, Sayyidah Zainab.

Perjumpaan 2 Presiden tersebut adalah bertujuan bagi membincangkan isu mahasiswa perubatan Tanta, Saudara yang tidak dapat memasuki peperiksaan akhir tahun ekoran kelewatan pengurusan dan sikap sambil lewa yang ditunjukkan oleh Pegawai EM, En Khairi Jalalludin.

Isu mahasiswa perubatan Tanta telah mendapat perhatian di peringkat PMRAM bagi sama-sama turut serta membela mangsa.

Sebelum ini PMRAM telah pun mendapatkan maklumat dan laporan di peringkat Perubatan Cawangan Tanta berhubung isu yang berlaku.

Hasil perjumpaan tersebut, kedua-dua Presiden bersetuju untuk mengambil tindakan yang lebih serius bagi membantu mangsa dalam isu yang dihadapinya.

"Ia adalah isu mahasiswa. Isu mahasiswa adalah isu kita bersama. PMRAM melahirkan sikap kecewa dengan sikap sambil lewa yang ditunjukkan oleh En Khairi Jalalludin sekaligus mencerminkan bahawa tercalarnya profesional seorang pegawai yang dihantar ke Mesir," ujar Presiden PMRAM.

"Pihak Perubatan mengucapkan terima kasih kepada PMRAM kerana sanggup bersama-sama untuk membantu Perubatan dalam menyelesaikan isu ini. Kita mengharapkan keputusan yang terbaik demi kebajikan Saudara Muhammad Alif bin Sofian Gan," kata Presiden Perubatan.


Sumber : PMRAM

Tuesday, August 23, 2011

DPM Iskandariah Menyokong Penganjuran Konvokesyen PMRAM

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini mengumumkan bahawa pihak PMRAM bersedia untuk menganjurkan Konvokesyen PMRAM pada tahun ini.

Ia berikutan reaksi ahli yang dilihat meminta pihak PMRAM untuk mengadakan Konvokesyen setelah 2 tahun tidak diadakan sejak tahun 2009 yang lalu.

Baru-baru ini, PMRAM telah membuat culaan "Wajarkah PMRAM mengadakan konvokesyen pada tahun ini" bagi mendapatkan sokongan daripada ahli mengenai permintaan mereka terhadap PMRAM.

Culaan tersebut merupakan satu ukuran bagi pihak PMRAM mempertimbangkan samada untuk mengadakan konvokesyen atau tidak pada tahun ini.

Penganjuran Konvokesyen PMRAM pada tahun ini adalah bergantung kepada ahli, sekiranya ahli begitu mendesak samada melalui culaan yang telah PMRAM keluarkan mahupun melalui medium yang lain, PMRAM akan membincangkan mengenai perkara ini dengan serius.

PMRAM sekali lagi menegaskan bahawa PMRAM bersedia untuk mengadakan konvokesyen pada tahun ini bagi meraikan mahasiswa/wi yang telah pun menamatkan pengajian samada dari pengajian Islam atau Perubatan.

Berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2011, Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman baru-baru ini berkenaan penganjuran Konvokesyen PMRAM pada tahun ini, pihak Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah menyokong kenyataan tersebut.

Ini adalah salah satu tanda pengiktirafan PMRAM kepada ahli yang telah berjaya dalam bidang akademik seterusnya sebagai galakan kepada ahli PMRAM yang lain, yang mana masih menuntut di Ardhil Kinanah ini. Justeru, pihak DPMI menggantung harapan yang tinggi agar Konvokesyen PMRAM yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan menyeru kepada semua ahli PMRAM khususnya di cawangan Iskandariah untuk menyokong usaha murni ini.



Sekian, wallahu taala a'lam.

Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah

SUMAIYAH BINTI ZAKARIA
Pengerusi
Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah 2011/2012



(sumber :PMRAM )

Sunday, August 21, 2011

MAKLUMAN : ZAKAT FITRAH 1432H

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 1432 Hijrah

Makluman kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir, zakat fitrah pada tahun ini 1432 H bernilai LE 10 .

Nilai ini adalah berdasarkan ketetapan yang telah dikeluarkan oleh Darul Ifta’ Mesir

Oleh yang demikian,bagi sesiapa yang ingin membuat pembayaran zakat, boleh dilakukan melalui Bendahari BKAN dan DPM masing-masing atau terusmembuat bayaran kepada Bendahari Kehormat PMRAM.

Pungutan zakat akan bermula daripada 19 Ogos 2011

Sebarang maklumat lanjut , boleh terus menghubungi :

Bendahari Kehormat PMRAM : +2011- 1497568

Bendahari HEWI PMRAM : + 2011-0889378

Sehubungan dengan itu, dibuka kepada mana-mana ahli Iskandariah yang ingin membuat bayaran zakat fitrah 1432H kepada nama-nama berikut :

1) Mas'ulah akhawat : Bendahari DPMI/mana-mana AJKT DPMI ( bayaran boleh dibuat di Markaz DPMI pada waktu urusan )

2) Mas'ulah mutazawwijin : Saudara Mohamad Hafiz Omar ( Ketua UMI )

3) Mas'ulah perubatan : Saudara Tg. Muhammad Fakhruddin Tg. Md. Fauzi

Sumber : PMRAM

Wednesday, August 17, 2011

Krisis Somalia: Hulurkan Sumbangan Untuk Ringankan Beban .

KAHERAH , 15 Ogos :Isu krisis kebuluran yang berlaku di Somalia yang semakin parah akhir-akhir ini mendapatperhatian Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Somalia yang dikenali sebagai negara yang menjadi pengasas Pertubuhan Persidangan Islam termasuk menjadi ahliPBB dan NAM, telah mengalami krisis kebuluran yang sangat teruk akibat musim kemarau, keganasan danpergolakan politik dalaman yang berlaku.
PMRAM melihat bahawa isu yang berlaku di Somalia adalah isu besar yang memerlukan kepada kebersamaanseluruh masyarakat Islam untuk membantu mereka dengan kemampuan yang ada.
"Fatwa yang dikeluarkan oleh Darul Ifta' Misriyyah bahawa membantu rakyat Somalia adalah 'wajib syarie' hukumnya di samping keseriusanTurki,Iran dan beberapa negara lain beserta PBB dan Palang Merah Antarabangsa sendiri untuk membantu mereka menunjukkan bahawa isu yangberlaku di Somalia adalah isu yang sangat besar dan serius", ujar saudara Syeikh muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III, merangkap KetuaLajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 ketika dihubungi.
"Untuk menunjukkan kebersamaan dan kesatuan kita dalam membantu rakyat Somalia berhadapan krisis yang besar ini, PMRAM berharap agar kitasama-sama dapat menghulurkan bantuan kewangan kepada untuk meringankan beban yang dihadapi oleh mereka", ujarnya lagi.
Sesiapa juga yang ingin menyumbang boleh menyerahkan sumbangan melalui unit kebajikan di peringkat BKAN dan DPM masing-masing.

sumber:pmram.org