Labels

Pages

Friday, July 30, 2010

Bahang KEKAL 2010,Makin Dirasai...

KAHERAH, 23 Julai – Bahang Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM semakin dirasai kehangatannya. Program tersebut menemui ahli pada bulan Ogos ini bakal menyaksikan detik bersejarah dalam sejarah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Persekutuan Melayu itu yang telah ditubuh sejak tahun 1930 lagi telah menaungi 22 buah persatuan dibawahnya iaitu 12 buah Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN), 8 buah Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM), serta Persatuan Kebajikan Kemboja dan Singapura di Mesir.

Karnival yang akan berlangsung pada bulan Ogos ini akan menyatukan seluruh anak-anak Melayu di bumi Mesir. Sehingga kini, pelbagai program telah dirancang dan disusun bagi merancakkan program Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM.

“Setakat ini, 70% gerak kerja telah selesai bagi menghadapi Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM. Insya-Allah, sama-sama kita doakan perjalanan program KEKAL ini berjalan dengan baik dan lancar pada tahun ini. Kita juga berharap kerjasama yang baik dari semua pihak dalam menjayakan program mega ini.” ujar Saudara Mohd Solehuddin bin Safien, Pengarah Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM ketika ditemui petang tadi.

Antara program yang akan berlangsung sepanjang Karnival itu ialah Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia (PERMIS), Bazar, Pameran Unit-Unit Dibawah PMRAM, Aktiviti Indoor dan Outdoor, Hari Keluarga, Wacana 3 Presiden, Pertandingan Motor Tercantik, Konsert Artis Tanah Air, dan banyak lagi. Maklumat lanjut mengenai Karnival Kenangan 80 tahun PMRAM http://www.pmhkpmram.blogspot.com

APA ERTI 80 TAHUN PMRAM

Sedar atau sedar umur PMRAM sudah pun mencapai 80 tahun. Sekiranya PMRAM adalah seorang manusia, maka dia sudah tentu digambarkan dengan seorang yang amat tua yang tidak lagi mempunyai wajah yang menarik. Tetapi PMRAM bukanlah seorang manusia bahkan umur 80 tahun tersebut mencerminkan kematangan PMRAM sejak dahulu sehingga sekarang dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tribulasi kehidupannya untuk 'mengilangkan ' berpuluh puluh ribu graduan bumi kinanah ini supaya menjadi manusia yang berguna untuk agama dan tanah air.

Jikalau PMRAM seorang manusia, PMRAM sudah tentu akan terlantar di katil hospital kerana ditimpa pelbagai penyakit dek umurnya yang terlalu tua. Namun, PMRAM tidak sama dengan manusia kerana angka 80 tahun semakin menzahirkan kegagahan dan keperkasaannya serta kehebatannya memberikan kebajikan dan perlindungan terbaik kepada masyarakat Melayu di bumi para nabi ini.

Sepanjang 80 tahun, PMRAM telah berjaya melahirkan para mujahid, para pendakwah, para ulama, para profesional, para pemikir, tokoh-tokoh kemerdekaan, tokoh-tokoh politik dan kalau mahu sebutlah apa jua bidang pun nescaya akan ada kaitannya dengan PMRAM kerana PMRAM-lah yang memberikan 'roh' kepada ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh para ilmuan lepasan Mesir dan selainnya. Tanpa roh itu mereka akan gagal menjadi golongan yang memainkan peranan besar dalam membentuk corak pemikiran dan kesedaran sebagai khalifah Allah s.w.t dalam jiwa masyarakat.

Angka 80 tahun itu sebenarnya wajar mengangkat nama PMRAM sebagai GERAKAN MAHASISWA ISLAM PALING LAMA DI PERINGKAT ANTARABANGSA. Tidak usah kita berbangga dengan gerakan-gerakan Islam yang lain di dunia pada abad ini. Cukuplah PMRAM buat kita. Kalau tidak kerana kekangan politik atau lain-lain sebab nescaya PMRAM akan disenaraikan dalam world book of record kerana sejarahnya itu. Tetapi bukan itu yang PMRAM mahukan sebenarnya. PMRAM bukan gilakan nama. PMRAM hanya mahu melihat ahli-ahlinya menjadi seorang mahasiswa Islam yang tahu dan faham peranannya. Mahasiswa yang celik dan sedar akan tanggungjawab menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w.

Moga-moga Allah s.w.t memanjangkan umur PMRAM tercinta. Semoga lebih ramai lagi anak-anaknya yang lahir sebagai 'insan' sebenar dan yang 'kamil' dengan didikannya. Semoga para penyokong dan pendokongnya diangkat amalan mereka seumpama amalan para mujahidin..Amin Ya Rabbal Alamin.

*Penulis merupakan Presiden PMRAM 2008, Saudara Khairul Anwar Ismail. Rencana ini diambil dari blog beliau http://www.ibnubarqi.blogspot.com

Saturday, July 10, 2010

RONDAAN HISBAH ISKANDARIAH



1) ISKANDARIAH 8 JULAI. Satu rondaan Hisbah telah dijalankan sekitar Iskandariah pada malam jumaat kelmarin. Tugas ini telah disertai 11 orang pakdam yang terdiri daripada beberapa orang ahli jawatan kuasa Hisbah,pakdam-pakdam dan exco-exco UMI.

2) Sasaran rondaan ini khusus untuk akhwat Iskandariah sama ada Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura yang keluar malam tanpa musyrif.

3) Malam tersebut, Hisbah telah berjaya menjejaki akhwat yang keluar malam jumlah keseluruhannya adalah lebih kurang 10 orang. Mereka kebanyakkannya keluar tanpa musyif.

4) Tindakan Hisbah ketika itu menasihati mereka tentang faktor keselamatan yang melibatkan maruah dan sebagainya. SEWAJIBNYA kepada mereka tidak keluar selepas Maghrib atau sebelum Maghrib tetapi tidak diyakini dapat pulang ke rumah masing-masing sebelum Maghrib. Kalau difikirkan kembali, adakah keluarga di Malaysia membenarkan anak-anak gadis mereka keluar malam walaupun dalam berkumpulan dengan tanpa musyrif?


5) JAGALAH DIRIMU, WAHAI MUSLIMAH SEJATI DENGAN TIDAK KELUAR MALAM TANPA MUSYRIF. JANGANLAH BERLAGAK SOMBONG DENGAN MENGERASKAN KEPALA DAN HATI ANDA SEMUA. ANDA SEMUA BIJAK DAN TAHU TENTANG PELBAGAI KES-KES MERBAHAYA YANG TELAH BERLAKU DI KAHERAH DAN SEBAGAINYA. ROMPAK , CUBAAN MERABA DAN MEROGOL SERTA PELBAGAI BENTUK KEJAHATAN YANG KITA TIDAK UNDANG. ANDA TAHU DI MUSIM PANAS INI, SIANGNYA PANJANG ( MAGHRIB 8.10 MALAM). APA PERLU KELUAR MALAM?

6) JAGALAH DIRIMU, WAHAI MUSLIMAH SEJATI. DAN KEPADA AKHWAT YANG KELUAR DENGAN BERMUSYRIF YANG BUKAN TAULIAH IAITU MUNGKIN KEKASIHNYA ATAU ORANG LAIN YANG SANGGUP BERMUSAFIR JAUH HINGGA KE ISKANDARIAH WALAUPUN KELUAR BERSAMA DENGAN AKHWAT LAIN. APA PERLU MENGAMBIL MUSYRIF LUAR TANPA MEMPEDULIKAN MUSYRIF BERTAULIAH (PAKDAM-PAKDAM ALEX WALAUPUN KAMI DI SINI BERJUMLAH 39 PASANGAN). BERUSAHALAH UNTUK MENCARI JALAN KELUAR.

7) JAGALAH DIRIMU, WAHAI MUSLIMAH SEJATI. DAN KEPADA YANG BERCINTA SEPENUH JIWA KATAKAN ( YANG BELUM BERKAHWIN DAN YANG BELUM TETAP PENDIRIAN UNTUK KAHWIN). ADAKAH ANDA YAKIN DIA PASANGAN ANDA DI HARI PERKAHWINAN WALAUPUN BERATUS WANG TELAH DIHABISKAN, WALAUPUN TELAH KE HULU KE HILIR BERSAMA-SAMA DAN SEBAGAINYA. JAGALAH DIRIMU SEMUA DARIPADA TIPUDAYA NAFSU DAN SYAITAN. DAN BERMANJA-MANJA WALAUPUN ANDA TAHU BERTENTANGAN DENGAN APA YANG DIAJARKAN OLEH TUHAN DAN RASULMU DAN BERSEKONGKOL SEBENTAR DENGAN MAKSIAT YANG TOTALY WRONG.

8) InsyaAllah Hisbah akan mengetatkan rondaan secara langsung atau tidak untuk keselamatan dan kesejahteraan akhwat Iskandariah. Kerja Hisbah adalah kerja yang mulia di sisi Allah S.W.T walaupun ada manusia-manusia yang sensitif dengan perkataan HISBAH dan memandang rendah serta mencemuh Hisbah. Kami tidak peduli. Kami tidak dibayar gaji, hanya berkerja kerana ALLAH.

PMRAM Mengetuai Perbincangan Isu Perpindahan Muhafazah


KAHERAH, 2 Julai - Satu pertemuan telah diadakan oleh pihak PMRAM bersama-sama PPMI dan Persatuan induk bagi mahasiswa/wi Thailand bagi membincangkan isu perpindahan muhafazah. Perbincangan tersebut telah berlangsung di pejabat PMRAM pada jam 3.30 petang.

Perbincangan tersebut diketuai oleh Timbalan Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman, serta turut terlibat daripada wakil PMRAM ialah Naib Presiden II merangkap Ketua Lajnah Muhafazah, Saudara Azlan Hj Alias. Turut terlibat sama Presiden PPMI, Saudara Taufik, Presiden Persatuan induk mahasiswa/wi Thailand, Saudara Fakhrulrazi bersama 2 pengiring.

Dalam perbincangan tersebut, pelbagai isu dan permasalahan yang berkaitan dengan isu perpindahan mahasiswa/wi ke Kaherah diutarakan hasil maklumat yang diterima oleh setiap wakil. Sehingga kini maklumat yang diterima adalah berbeza dan sekadar makluman secara lisan sahaja.

Keputusan yang diambil hasil daripada perbincangan tersebut, ketiga-tiga pihak secara sepakat kurang bersetuju dengan khabar berita akan perpindahan tersebut berdasarkan kesan negatif yang difikirkan bersama. Selain itu, usaha dalam mendapatkan kepastian secara jelas dan rasmi berikutan isu perpindahan ini akan dilakukan secepat yang mungkin. Beberapa gerak kerja telah disusun dan akan dijalankan bersama.

"Sehingga kini, qarar rasmi daripada pihak Al-Azhar masih belum kita dapat lagi. Apa yang kita dengar-dengar sebelum ini hanya sekadar makluman lisan sahaja. Kita harap mana-mana pihak tidak cepat melatah." jelas Saudara Azlan Hj Alias ketika dihubungi selepas perbincangan tersebut dilakukan.

"Pihak PMRAM memandang perkara ini sebagai satu isu bersama bagi mahasiswa/wi Asia Tenggara. Kita dari semasa ke semasa akan berbincang dan bertindak apa jua cara bagi menyelesaikan masalah ini bersama-sama.Dan kita harap ahli semua bertenang, dan serahkan kepada pimpinan. Segala maklumat terkini akan dimaklumkan kemudian" tambah saudara Muhamad Zuhaili Saiman.

Sumber:hewipmram55.blogspot.com

PROGRAM TAAKHI ZON B

Barisan Kepimpinan AJKT taakhi Zon b
Gimik perasmian yang disempurnakan oleh Presiden PMRAM pusat, Ydp BKAN taakhi dan Pengerusi DPM
Presiden PMRAM Pusat Ustaz Shahrizan Mohd Hazime merasmikan majlis "Tautan Ukhuwah Taakhi"

1 Julai,ARWP,Kaherah; Unit Penerangan BKAWM bersama unit peneranan 5 taakhi BKAWM iaitu, unit penerangan BKAN P.Pinang, Kelantan, serta dua DPM iaitu Shoubra dan Iskandariah. Program yang berlangsung 1 julai lalu adalah program taakhi pertama yang dianjurkan serentak anjurannya lima taakhi ini (zon B). Program ini dinamakan

Saturday, July 3, 2010

IKLAN KOLOKIUM ILMUAN SEMI FINAL 09/1O

Berita terkini dan sensasi untuk semua mahasiswi baru di Iskandariah. Kolokium Ilmuan semi final akan diadakan pada :

TARIKH : 23 & 24 REJAB 1431 bersamaan 5 &6 JULAI 2010.
TEMPAT : DEWAN ZAJLATUL ABIDAH
JAM : 7 pagi

Kehadiran anda sangat dialu-alukan.