Labels

Pages

Saturday, February 27, 2010

IKLAN HARI KELUARGA ORANG-ORANG LAUT (KOOL 10)



Mari bersama kita memeriahkan lagi hari KELUARGA ORANG-ORANG LAUT (KOOL 10).
Pada 22-25 Rabiul Awwal 1431h / 8-11 Mac 2010m.

Wednesday, February 17, 2010

Ucap Dasar Presiden PMRAM 2009 dan Muhasabah Separuh Penggal AJKT 09/10


banner program Ucap Dasar Presiden PMRAM 2009

Alhamdulillah selesai sudah dua program Mega DPMI,iaitu Ucap Dasar Presiden PMRAM 2009 dan Muhasabah Separuh Penggal AJKT DPMI 09/10. Hasil penat lelah semua jentera penggerak beserta ajk yang bertungkus-lumus menjayakan program ini moga-moga di nilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT. Program yang bermula sekitar jam 8.00 pagi ini dirasmikan oleh Al-Ustazah Norhayati Binti Abu Sopian selaku Penasihat 1 DPMI sesi 09/10 sekaligus merasmikan gimik perasmian. Majlis diserikan lagi dengan alunan nasyid daripada kumpulan rasmi DPMI 'Nidaul Husna'. Program yang bertemakan "Julang Thaqafah Bakti Di Curah" ini diteruskan dengan sesi perbahasan. Sebanyak 11 orang wakil pembahas telah membahaskan 11 subtopik yang menjadi halatuju pembawakan PMRAM pada tahun ini. Majlis di teruskan dengan pembentangan resolusi yang disampaikan oleh Al-Ustazah Suriaty Binti Nayan selaku Penasihat 11 DPMI sesi 09/10. Sebanyak 5 resolusi telah disepakati oleh barisan AJKT dan Penasihat iaitu :
1.Melaksanakan kempen mencintai dan menjiwai PMRAM
2.Mempergiatkan usaha Amar Makruf Nahi Munkar.
3.Memperkasa Muzakarah Berkelompok dikalangan ahli DPMI.
4.Menyumbang tenaga pakar dalam pelbagai bidang
5.Mempertingkatkan lagi ikatan taakhi setiap rumah yang telah ditetapkan.
Selepas perbahasan selesai, majlis diteruskan lagi dengan agenda Muhasabah Separuh Penggal AJKT DPMI 09/10 yang dipengerusikan oleh Pengerusi DPMI 09/10 Al-Ustazah Rabia'tul Hazirah Binti Ramli. Pelbagai Muhasabah dan cadangan yang diberikan oleh ahli DPMI. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup dan penyampaian hadiah kepada pembahas oleh Ketua Unit Muhafazah HEWI PMRAM 2009 Al-Ustazah Shahidatul Akma Binti Mohd Sha'ary.

Wednesday, February 10, 2010

Kolokium Ilmuan siri pertama

Alhamdulillah Q siri pertama telah sempurna dilaksanakan. Majlis telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung PMRAM 2009 Ustaz Mohd Adlan Bin Mohtaruddin. Peserta amat bertuah kerana PRESIDEN PMRAM 2009 Al-Ustaz Abd Muizz Bin Muhammad sudi meluangkan masa untuk mendiskusi kitab "Apa Ertinya Saya Menganut Islam". Program diteruskan lagi dengan slot kedua pembentangan kertas kerja yang bertajuk "Konsep Syahadah & Tuntutannya" yang telah disampaikan oleh Al-Ustaz Akli Bin Ahmad. Setelah melunasi GKB pertama peserta dihidangkan pula dengan slot talk show yang bertajuk "Kehidupan Seorang Daei" yang telah disampaikan oleh taakhi Iskandariah iaitu Al-Ustaz Hafis Abidin (YDP Penang) dan al-Ustaz Ahmad Huzaifah bin Fauzi (Ketua Unit Dakwah & Pembangunan Insan DPM Shoubra. Ini antara gambar-gambar kenangan yang sempat dirakam untuk tatapan semua.


banner Kolokium Ilmuan siri pertama


majlis dirasmikan oleh Setiausaha agung PMRAM 2009 Al-Ustaz Mohd Adlan Bin Mokhtaruddin


slot pertama diskusi kitab oleh Presiden PMRAM 2009 Al-Ustaz Abd Muizz Bin Muhammad.


slot kedua pembentangan kertas kerja oleh Al-Ustaz Akli Bin Ahmad.


slot ketiga talk show oleh Al-Ustaz Hafis Bin Abidin (YDP Pulau Pinang) dan Al-Ustaz Ahmad Huzaifah Bin Fauzi (Ketua Unit Dakwah & Pembangunan Insan) DPM Shoubro.

Saturday, February 6, 2010

IKLAN PENTING UNTUK SEMUA MAHASISWI AL-AZHAR CAWANGAN ISKANDARIAH

SEMUA MAHASISWI DI KEHENDAKI MENGISI BORANG MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KULIAH. SATU PERJUMPAAN AKAN DIADAKAN PADA :

TAHUN 1 MUSTAJID
TARIKH : 8 FEBRUARI 2010
TEMPAT : DEWAN ZAJLATUL ABIDAH
MASA : SLOT KOLOKIUM ILMUAN

TAHUN 1 MENGULANG, SEMUA TAHUN 2 DAN SEMUA TAHUN 3
TARIKH : 14 FEBRUARI 2010
TEMPAT : DEWAN ZAJLATUL ABIDAH
MASA : SLOT UCAP DASAR PRESIDEN PMRAM 2009

SEMUA TAHUN 4(MALAYSIA, INDONESIA, THAILAND DAN SINGAPURA)
TARIKH : 10 FEBRUARI 2010
TEMPAT : DEWAN ZAJLATUL ABIDAH
MASA : 1.00 PETANG

ANDA DI KEHENDAKI MEMBAWA
-1 KEPING GAMBAR UKURAN PASPOT
-1 KEPING SALINAN PASPORT
-PEN HITAM
-DUIT LE 0.25
(UNTUK TAHUN 4 SAHAJA)

KERJASAMA ANDA AMATLAH DIHARAPKAN.

Friday, February 5, 2010

Berakhirnya Imtihan...



Alhamdulillah berlabuh sudah tirai imtihan fasal pertama. Kemanakah hala tuju kita selepas ini? Duduk di rumah, jalan-jalan balik ke Kaherah, mengikuti program-program yang disusun oleh DPMI dan PMRAM atau sebagainya?. Keputusannya ada pada tangan anda.

Sahabat-sahabat sekalian...
Marilah sama-sama kita mentajdidkan niat datang ke bumi Anbiya' ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk meneruskan perjuangan para ulama' menerokai khazanah ilmu disamping tidak melupakan amanah sebagai khalifah di muka bumi ini.
Seperti Firman Allah yang bermaksud "Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaku" . Marilah kita singkap kembali bagaimana para ulama' membahagikan masa dengan seadilnya kepada Allah, ummah dan diri. Mereka menjaga waktu dengan sebaiknya tanpa membiarkan waktu berlalu begitu sahaja. Bagaimana dengan kita sahabat-sahabat?. Pada baki masa yang ada ini ambillah peluang mengutip mutiara-mutiara ilmu, menimba seberapa banyak pengalaman persatuan sebagai bekalan untuk kita pulang ke Malaysia kelak.

Sahabat-sahabat yang dirahmati sekalian,
Banyak program yang di susun atur oleh PMRAM, DPM dan BKAN yang mana tidak lain tidak bukan sebagai nilai tambah kepada Azhariyun untuk meneruskan misi dakwah kita sepertimana Firman Allah "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia kerana menyuruh berbuat perkara yang baik dan mencegah perkara munkar" Buktikan kita boleh. Majulah Azhariyun untuk Islam.

SIFAT AL-QURAN



An-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan. Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, Al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya. Firman Allah:
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak). (surah an-Nisaa' 4:174)
Al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah:
Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. (surah al-Maa'idah 5:15)
Al-Huda bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)
Ar-Rahmah bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. Firman Allah:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)